Sunday, August 1, 2010

Bubur Terigu


Salam sejahtera semuanya....ini adalah apa yang saya bikin untuk makan petang semalam...klu nak ikutkan badan mmg malas tapi pasal fikirkan semua ada dirumah jadi bikin lah something simple iaitu Bubur Terigu....Jom lihat resepinya... klu tak silap ini resepi kat blog Bro Rozzan lah...tq
Bahan A
200 gm beras terigu (dibersihkan)
3 cawan air
(rebus terigu bersama air sehingga empuk kira2 30 minit)
Bahan B
300 ml santan pekat (dalam kotak)
300 ml air
50-60 gm gula melaka
50 gm gula pasir
1/2 sudu garam (secukup rasa)
2 helai daun pandan (disimpul)
Cara-Cara
Setelah terigu empuk,masukkan kesemua Bahan B. Kacau sekali-sekala dan biarkan hingga mendidih. Matikan api.
Dadih (santan pekat)
100 ml santan pekat (dalam kotak)
30 ml air
secubit garam
Cara-Cara
Didihkan atas api kecil sehingga pekat sedikit.
Untuk Menghidangkan Bubur Terigu
Sendukkan bubur terigu kedalam mangkuk dan tuangkan sedikit santan pekat diatasnya.

2 comments:

  1. salam..sya nak tanya terigu nie guna tepung beras atau gandum?

    ReplyDelete
  2. salam...maaf faree kerana lambat reply...terigu nie bukan tepung beras atau gandum, ianya seakan-akan barley rupanya...saya sering beli di kedai runcit tapi di supermarket pun ada jugak...

    ReplyDelete