Wednesday, August 4, 2010

Roti Pandan Kukus


Selamat pagi kepada anda semua.....pagi rabu nie saya bikin Roti Pandan Kukus yang sumber resepinya maaf saya tak ingat dari mana saya dapatlah....yalah daripada roti terbuang kerna dah nak expire, lebih baik saya buat roti pandan kukus buat sarapan...betul tak???? klu anda pun nak cuba, silakan lah resepinya ada saya sertakan di bawah....

Bahan-bahan ( loyang 8X4 inc)
1/2 buku roti perancis - dihiris (atau 10 keping roti putih) - secukupnya
1/2 cawan gula pasir*
3 biji telur*
200ml santan pekat dicampur dgn air menjadi 2 cawan santan*
5-7 helai daun pandan dikisar bersama 1 cawan air* ditapis atau 2 sudu kecil pandan pes dicampur 1 cawan air


Cara-cara
Loyang disapu majerin sekeliling. Satukan bahan2 bertanda* di dalam mangkuk. Kacau hingga sebati. Celupkan roti sekeping2 dan susun di dalam loyang yg telah disediakan hingga roti habis. Siram lebihan campuran santan diatas roti rata2. Perapkan sebentar sementara memanaskan kukusan. Kukus selama 1/2 jam atau sehingga permukaan puding kering. Biarkan puding sejuk didalam loyang. Bila dah sejuk boleh dipotong untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment