Salam hari rabu semuanya....haiiii belum2 dapat gi belanja kat pasar lagi soalnya hubby lagi kena standby je beberapa hari nie, jadi jawabnya telur lah jadi sasaran hehehehe...tapi masakan telur hari ini sedap lah...resepinya saya ambil dari blog tiffinbiru iaitu Telur Kurma....klu ayam kurma atau daging kurma selalu didengarkan tapi klu telur kurma jarangkan....Jom kita semak resepinya...Mat saya minta izin C&P resepinya ya...
BAHAN-BAHANNYA :-)
10 biji telur ayam, rebus keras dan kupas
2 biji kentang
1 biji tomato, belah 4 atau 10 biji tomato ceri
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
1 1/2 camca besar rempah kurma
1 keping asam gelugor
1 cawan santan
800 ml air
3/4 camca besar kerisik
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
2 biji cili merah*
3/4 camca teh lada hitam*
1/2 inci halia*(*dikisar halus)
BAHAN TUMIS :-)
1 helai daun panda, disimpul
3 biji bawang merah, hiris halus
1 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
CARA MEMBUATNYA :-)
Telur tadi digoreng dengan minyak hingga berkulit. Angkat dah toskan. Kentang dikupas, potong 8 setiap satu, rendam. Bahan kisar tadi disatukan dengan rempah kurma, kacau rata dan biarkan sekejap. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum dan bawang layu, masukkan bahan kisar + rempah kurma tadi, tumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana. Masukkan kentang (toskan dahulu) dan kacau rata, tuang air dan biar mendidih.
Bila kentang lembut, masukkan telur dan santan, gula melaka, asam gelugor, kerisik dan garam secukup rasa. Masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala.
Masukkan cili belah dan tomato, masak sekejap. Rasa jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, atau roti canai...

No comments:
Post a Comment