Sunday, October 17, 2010

Gulai Siam

Salam semua....hari nie saya singgah ke Siam sekejap soalnya menu masakan hari ini ialah Gulai Siam, hehehehe resepi Gulai Siam ini saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan Ogos 2010....Bagi saya rasa lauk ini unik lah...ada lemaknya, ada masamnya sikit, lagi pulak ada pakai jintan, buah pelaga dan kayu manis....ishhh tak tau mcm mana nak cakap lah... jadi klu nak tau rasa nya gimana sila lah cuba memasaknya...ada saya sertakan resepinya dibawah....

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam, dipotong 16 (saya potong 8 je sal ayamnya kecil)
200gm terung pipit (takde saya pakai terung biasa je)
500ml santan (saya kurangkan sikit)
3 biji bawang merah India*
5 ulas bawang putih*
2.5sm kunyit* (*dikisar)
1 sdt jintan manis
1 sdt jintan putih
4 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 keping asam keping
3 sdm minyak masak
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara-Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan jintan manis, jintan putih, buah pelaga serta kulit kayu manis hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan bahan kisar dan biarkan hingga kekuningan dan garing.
3. Setelah garing, masukkan santan dan kacau rata. (pastikan sentiasa dikacau agar tidak pecah minyaknya)
4. Masukkan ayam dan biarkan hingga mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan serta serbuk perasa secukupnya diikuti terung pipit dan asam keping.
6. Biarkan masak hingga kuah menjadi sedikit pekat dan angkat.

3 comments:

  1. salam kak noraini...sedap tu....boleh cuba ni..biasa dok buat kari,sup,sambal...sesekali ala-ala siam ...ada kelainan sikit kan..

    ReplyDelete
  2. Salam kak, betul kata nur tu, selalu masak kari,sup, sambal aje kali ni nak ubah selera la pulak.

    ReplyDelete
  3. Salam jugak untuk Nur dan Rosidah...betul betul betul...Kak ani pun baru 1st time mencubanya, tapi mmg sedap unik lah rasanya dan juga seperti anda berdua kata untuk kelainan...

    ReplyDelete