Monday, October 4, 2010

Kari Paru


Salam dan selamat tengahari semuanya....Apa khabar anda semua....tanpa disedari kita sudah hampir ke pengujung Syawal....haiz masa berjalan dgn begitu pantas sekali....Hari ini saya masak resepi keluarga....Lauk Kari....Kari apa??? Kari Paru....klu selalu dah masak kari daging, kari ayam, kari ikan lah kan...haaaa kali ini cuba lah pula masak Kari Paru....klu nak cuba....resepinya ada dibawah....marilah semak resepinya....
Bahan-Bahannya
1 kg paru (direbus hingga empuk dan dipotong ikut citarasa masing-masing)
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
Halia sebesar ibu jari* (* diblend)
2 bunga cengkih
2 buah pelaga
2 bunga lawang
1 kayu manis
5 sdm rempah daging
1 biji bawang besar (dihiris untuk ditumis)
4 biji ubi gentang ( dipotong empat)
3 biji tomato (dipotong empat)
2 batang lada hijau ( dibelah sangkut)

Cara-Cara
Tumis bawang yg dihiris hingga kuning dan wangi bersama bunga cengkeh, buah pelaga, bunga lawang dan kayu manis. Kemudian masukkan rencah yang diblend. Setelah wangi dan garing masukkan rempah kari daging. Bila dah naik bau, masukkan paru, ubi gentang dan lada hijau. Setelah itu tuangkan air. Biarkan di atas dapur hingga kering sedikit dan paru meresap dengan rempah. Akhir sekali masukkan tomato. Kacau rata dan tutup api dan siap untuk dihidang.....

2 comments:

  1. Sdppp...baru try. First time rase kari paru. Slalu mkn rndang paru je. :-D tq atas resipi ye.

    ReplyDelete
  2. Ooo... tanpa santan. Esok nak cuba la

    ReplyDelete