Wednesday, October 6, 2010

Creamy Tomato Soup Pasta

Assalamualaikum semua....selamat pagi khamis...Hari ini masak pasta...simple2 je....ini lah klu masih belum2 gi ke pasar lagi...tapi kan, walaupun simple rasanya oooiiii sedap tau....pasal dah pernah buat dah, lemak2 berkrim gitu...ambik resepi dari blog CMG...Creamy Tomato Soup Pasta itulah namanya....resepi2 begini amat berguna bila kat fridge tu tgh takde stock hehehehe...Tq Mat....seperti biasa Mat ku minta izin C&P resepinya disini...jom lah semak resepinya...

BAHAN-BAHANNYA :
250 g pasta, ikut suka masing2 nak pasta pesen apa
2 batang sosej dihiris bulat2
1 camca besar cincangan daun parsley
1 tin tomato dalam tin, diramas hancur (klu takde pakai fresh tomato pun lenyek2, hancur2 kan pun boleh lah)
10 kuntum cendawan butang, dihiris nipis
3 biji cili padi, dicincang
1/2 camca teh lada hitam biji, ditumbuk
1 camca besar tomato puree
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang besar, didadu
1 kiub ayam "maggi"
1 camca besar mentega
3 - 4 camca besar whipping cream (optional) klu ada mmg sedap lah lemak2 bercream gitu takde takpe
Garam dan gula secukup rasa
800 ml air (atau secukupnya)
Minyak zaitun untuk menumis ( minyak jagung pun boleh lah)

CARA MEMBUATNYA :
1.UNTUK SUP :- Panaskan minyak zaitun dalam periuk, masukkan mentega. Tumis bawang putih, bawang besar, cendawan dan cili padi hingga harum, masukkan tomato puree dan tumis lagi. Tambah tomato dalam tin yang telah diramas tadi, kacau rata dan tuang air. Bila mendidih masukkan sosej dan lada hitam. Kacau rata.
2.Masukkan kiub ayam maggi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak dengan api perlahan hingga. Biar mendidih 5 - 7 minit. Akhir sekali tambah whipping cream dan hirisan daun parsli. Kacau hingga sebati dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
3.UNTUK PASTA :- Didihkan air secukupnya, bila menggelegak, masukkan sedikit garam dan pasta. Masak hingga pasta lembut. Toskan dan tuang sedikit minyak zaitun dalam pasta tadi, gaul rata2.
4.PENYEDIAN :- Masukkan pasta secukupnya dalam bekas sesuai, tuang sup tadi dengan isi2nya atas pasta. Hias dengan daun pudina/daun sup sebelum menghidang. Kalau nak tambah udang yang besar2 tu pun ok..lagi sedap!!!...

No comments:

Post a Comment