Salam semua....Satu lagi N3 untuk hari ini ialah apa yang saya bikin untuk makan petang semalam....Kek Ubi Kayu....Ubi Kayu??? Siapa sangka ubi kayu boleh menjadi bahan untuk membuat kek....dulu waktu pertama kali saya buat pun saya tertanya-tanya pada diri saya sendiri, ubi kayu ehhhh....tapi i tell u bila dah jadi punyalah power.....thks to Mat Gebu kerana resepinya saya dapat di blog Mat lah...mmg sedap....Mat saya minta izin C&P resepinya disini ya mat, manalah tau klu2 ada yg ingin mencubanya...
Bahan-Bahannya :
190 g mentega
160 g gula halus
3 biji telur gred A
120 g tepung gandum*
1/2 camca besar baking powder*(*digaul rata dan diayak)
420 g parutan ubi kayu, diperah airnya
1/4 cawan susu sejat
1/2 camca besar esen vanilla
1/2 camca teh pewarna kuning
Cara membuatnya :
1.Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran (8x8x3) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga permukaan kertas dengan mentega. Ketepikan.
2.Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang. Kemudian masukkan ubi parut tadi dan gaul rata.
3.Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu sejat hingga habis. Gaul rata.
4.Akhir sekali masukkan esen vanilla dan pewarna kuning. Kacau hingga semua sebati. Tuang ke dalam tin kek tadi dan ratakan. Bakar selama 25 - 30 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sepenuhnya atas jaringan...
No comments:
Post a Comment