Salam Isnin semua....ini adalah satu lagi resepi tertunda iaitu Sotong Masak Nani yang resepinya saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan Oktober tahun 2008....Kita potong pendek sajalah ya dan langsung ke resepinya ya....Jom kita lihat resepinya.....
Bahan-Bahan
10 ekor sotong, dibersihkan dan masukkan kentang hiris, cantumkan kepalanya dan semat dengan lidi ( saya tak masukkan kentang di dalam sotong, saya potong biasa aje)
2 sdm minyak masak
1/2 sdt biji sawi
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih* (* dihiris nipis)
1 sdm pes halia#
1 sdm serbuk cili#
1 sdm serbuk jintan putih#
1 sdm serbuk jintan manis#
1 sdt serbuk ketumbar# (#dibancuh dengan sedikit air)
1 biji kentang, kupas kulit dan potong memanjang
1/2 biji lobak merah, belah enam dan potong 3cm
1/4 biji bunga kubis, potong sederhana
1 tangkai daun kari
250ml pati santan
Garam secukup rasa
Cara Memasaknya
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis biji sawi, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga berbau harum.
2. Masukkan serbuk cili, jintan putih, jintan manis, ketumbar dan daun kari. Masak sehingga rempah kering dan naik minyak.
3. Tuangkan air dan masukkan sotong. Kacau rata dan biar separuh masak.
4. Selepas itu masukkan sayur-sayuran. Bila sudah empuk masukkan pati santan dan garam secukup rasa. Kacau lagi.
5. Bila sudah mendidih dan sotong masak, angkat dari api.
6. Sedia dihidangkan.
saya suka menu simple cam gini. mkn ngn nasi panas2. mmg syok hbs.
ReplyDeletemmg betul tu Moklong :)
ReplyDelete