Monday, November 15, 2010

Nasi Udang Pakistan

Salam semua.... ini adalah apa yg dimasak semalam iaitu Nasi Udang Pakistan yg saya gandingkan dgn lauk kari ayam atau boleh juga digandingkan dgn rendang ayam....Nak borak sikitlah, takde kena-mengena dgn menu nie....soalnya tadi gi pasar, 1st time beli ikan haruan hidup2 lagi pulak tu dan tadi dah masak dah untuk mak saya...kata orang klu lepas operasi makan ikan haruan bagus...dicampur juga lah herba2 yg dari singseh...berbalik semula lah kepada resepi Nasi Udang Pakistan yg resepinya saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan Ogos 2010....Marilah kita lihat resepinya, oh ya klu mengikut resepinya, ianya dimasak menggunakan microwave tapi saya gunakan periuk nasi je....

Bahan-Bahan
200gm beras Basmathi
2 sdt kunyit serbuk
sedikit air
375ml air atau stok ayam

Bahan Pewangi
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 sm kulit kayu manis
1 sdm minyak masak atau minyak sapi
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 sm halia* (*dikisar halus)
200g udang sederhana besar (dibuang bahagian kepalanya sahaja)
sedikit garam dan sedikit lada sulah

Cara Memasaknya
1. Rendam beras di dalam air dan serbuk kunyit dan biar terendam selama 2 jam. Toskan dan ketepikan.
2. Di dalam bekas tahan ketuhar, tuang minyak dan masukkan bahan kisar. Tekan butang MICRO (1,000W) dan putar 3 minit. Tekan START. Setelah selesai keluarkan dari ketuhar ( saya panaskan minyak lepas tu tumis bahan pewangi dan bahan kisar hingga naik bau)
3. Masukkan beras, air atau stok ayam, garam, serbuk lada sulah dan udang. Tutup bekas ini dan masukkan semula ke dalam ketuhar. (saya kemudian masukkan beras, air atau stok ayam, garam, serbuk lada sulah dan udang. Kacau sebentar hingga sebati)
4. Tekan butang MICRO (1,000W) dan putar masa 17 minit dan tekan START. Biar hingga nasi lembut. Keluarkn dari ketuhar, kacau dan tambah waktu memasak jika perlu. ( saya, masukkan kesemua bahan2 tadi ke dalam periuk nasi electrik dan masak seperti masak nasi biasa)

3 comments:

  1. huhhh... x perlu ke pakistan nk mkn nasi cam gini. dtg ke rumah akak pun dh leh mkn...

    ReplyDelete
  2. Salam kenal Kak Ani ;)

    Sy slalu check2 jugak ur blog. Mcm2 resepi yg interesting ada dkt sini. Sebelum ni sy takde blog, tak dpt lah follow. Tapi skarang dah ader...hehehez. Lama tunggu kakak update blog....sonyap jer. Skali update huh bermacam2 resepi kluar...:D thank u for sharing kak ;)

    ReplyDelete
  3. Moklong - hehehehehe... internatinal lah katakan...klu dah ada darah kacukkan nie tak ke mana kan moklong :-)

    Anie - Salam perkenalan untuk Anie jugak ya...maaf ya Anie lambat reply soalnya dah lama tak pegang laptop nie...disini kak ani ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada Anie kerana sudi slalu menyinggah ke blog kak ani...akak kebelakangan nie sibuk sikit kerna ibu akak baru melalui major operasi dan ada kat umah akak, InsyaAllah akak akan cuba update blog bila ada kesempatan...maaf ya :-)

    ReplyDelete