Tuesday, March 1, 2011

Cucur Telur

Selamat pagi semua...hari ini untuk sarapan mencuba resepi yang saya cedok dari blog CMG iaitu Cucur Telur...tidak menggunakan banyak bahan malah sedap pulak tu, lebih sedap lagi klu makan dengan sambal tumis ehmmm sambal tumis udang...tapi pagi nie makan dengan cili sos je...Che Mat, saya minta izin C&P resepi nya kat blog saya ya...untuk sesiapa yg ingin mencuba silakan ya...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/4 cawan tepung gandum*
3/4 camca teh baking powder*(*digaul dan ayak)
3 camca besar gula pasir1 biji telur + 1/4 esen vanilla, pukul rata
Secubit garam
3/4 cawan air, anggaran
Sos kegemaran atau sambal tumis

CARA MEMBUATNYA :-)
Bancuh semua bahan2 di atas kecuali sos kegemaran. Kacau rata dengan whisk hingga sebati. Rehatkan 5 minit.
Panaskan minyak untuk goreng terendam, sudukan 1 camca besar adunan ke dalam minyak sederhana panas. Buat 6 - 7 biji cucur sahaja, bergantung pada saiz kuali masing2.
Goreng hingga kuning keemasan, angkat toskan dan letak atas beberapa helai paper towel. Hidangkan dengan sos cili atau sambal tumis...hmmm lagi-lagi kalau sambal tumis udang...

2 comments:

  1. Apa khabar Aini? nmpk gebulah cucur telur ni...simple tapi memikat selera..leh cuba ni...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah baik yatie...yatie plk apa khabar??? cuba lah yatie mmg simple dan memuaskan...

    ReplyDelete