Thursday, March 10, 2011

Puding Ubi Kentang

Assalammualaikum dan selamat petang khamis semuanya...saya sebenarnya teruja untuk mencuba Puding Ubi Kentang apabila terlihat diblog yatie ketika meronda ke rumah yatie beberapa hari yg lalu...Puding Ubi Kentang???? itu lah yg menjadi tanda tanya dan membuat saya begitu ingin mencubanya soalnya mmg tak pernah dengar, it is something different u know...jadi itu lah nari dok mencubanya....bagi sesiapa yg ingin mencubanya juga silakan lah...Yatie saya minta izin C&P resepinya kat blog saya ya... thks

Bahan-Bahannya
10 g serbuk agar-agar
2 biji ubi kentang sederhana saiznya
200 g gula pasir
200 ml santan pekat
125 ml susu cair
500 ml air
3-4 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar mentega
3 sudu makan tepung kastard (dibancuh dgn sedikit air)
pewarna atau perisa mengikut citarasa - jika perlu
Cara-cara :
Ubi kentang dicuci bersih(tidak perlu kupas kulitnya). Kemudian direbus bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah itu, kupas kulitnya, dan blend sehingga lumat bersama 180 ml air. Ketepikan.
Satukan gula bersama air 500 ml dan serbuk agar-agar di dalam periuk. Didihkan sehingga gula larut. Kemudian, masukkan ubi kentang yang sudah dikisar tadi diikuti santan, susu pekat dan susu cair. Kacau perlahan-lahan hingga sebati.
Masukkan mentega dan tepung kastard. Kacau lagi hingga kelihatan pekat.
Jika suka, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna dan perisa pilihan. Kemudian tuangkan adunan di dalam bekas yg bersesuaian samada secara berselang seli mahupun berlapis. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan di dalam peti sejuk.

Nota : seelok-eloknya guna bekas kecil kerana puding ini agak lembut. Tetapi boleh kurangkan sukatan air mengikut citarasa. Selamat Mencuba!

2 comments:

  1. salam kak ani..cantik licin je nampak puding ni...sedap ye kak..dah ramai jugak eina tgk dah mencubanya....rasa camne kak?
    mak akak dah sihat?

    ReplyDelete
  2. Mmg sedap eina terutama kanak2 pasti Akan menyukainya.. Ianya juga tergantung pada perisa apa yg kita gunakan Dan juga tergantung pada citarasa masing2... Alhamdulillah she beransur pulih...terimakasih eina

    ReplyDelete