Tuesday, September 14, 2010

Nasi Beriani Batu Pahat, Dalca Dan Ayam Masak Merah

Assalamualaikum semua....gimana sambutan hari raya nya...wow rasa sudah 5 hari saya tidak membuka blog dan masukkan N3, eh tidak2 semalam ada buka blog sebentar dan memasukkan N3 ucapan salam lebaran.....Nie hari ini ingin saya kongsi bersama apa yang dimasak hari ini iaitu Nasi Beriani Batu Pahat, Dalca dan Ayam Masak Merah...Resepi untuk Nasi Beriani Batu Pahat tu saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan Jun 2010, resepi dalca pulak dari blog Bro Rozzan dan Ayam Masak Merah pula dari blog CMG.....Bro Rozzan & Che Mat Gebu, saya mintak izin C&P resepinya.....Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin....

Nasi Beriani Batu Pahat




Bahan-Bahan
1 Kg beras Mongol (saya gunakan beras Basmathi)
4 liter air
5 kuntum bunga lawang
7 kuntum bunga cengkih
2 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
65 ml susu cair
2 sdt garam atau secukupnya
20 gm kismis *
20 gm bawang goreng * (* untuk hiasan)
250 minyak sapi
1 sdt pewarna kuning

Bahan-Bahan yang saya tambah

2 sdm rempah beriani

2 biji bawang besar, dihiris

1 helai daun pandan

1 batang serai, diketuk

1 labu bawang putih*

5 cm halia muda* (*dikisar)

100 gm badam, dikisar halus

minyak masak secukupnya

Cara-cara
1. Basuh beras bersih dan toskan airnya.
2. Sediakan air di dalam periuk dan biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan garam bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan juga buah pelaga.
4. Setelah itu, masukkan beras dan kacau rata.
5. Kemudian angkat beras tadi dan toskan airnya.
6. Letakkan satu sudu minyak sapi di dalam peruik dan ratakan disekeliling permukaan periuk.
7. Masukkan beras yang ditoskan tdi bersama susu cair. Kacau rata dan biarkan hingga nasi masak.
8. Apabila separuh masak, masukkan minyak sapi bersama kismis di dalamnya.
9. Renjiskan pewarna kuning di permukaan nasi dan kecilkan apinya. Biarkan hingga nasi masak.

Cara saya memasaknya

1. Panaskan minyak sapi secukupnya. Tumis bawang besar, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
2. Bila sudah berbau wangi, masukkan daun pandan dan serai ketuk. Kacau hingga kuning.
3. Masukkan bahan kisar dan kacau lagi hingga berbau harum.
4. Selepas itu masukkan rempah beriani dan badam. Kacau sebati hingga sedikit pekat lalu masukkan air yang telah disukat tadi dan garam secukup rasa.
5. Ketika hampir mendidih bolehlah dicuci beras basmathi dengan sekali cucian sahaja dan toskan.
6 Bila air di dalam periuk mendidih terus masukkan beras tadi. Kacau perlahan-lahan hingga air susut dan mula menampakkan bayang beras.
7. Masukkan susu cair dan minyak sapi, kacau perlahan (saya bila sudah sampai sini saya masukkan ke dalam periuk nasi eletric klu tidak pun takpe).
8. Apabila separuh masak, masukkan minyak sapi bersama kismis didalamnya. 9. Renjiskan pewarna kuning di permukaan nasi dan kecilkan api. Biarkan hingga nasi masak.

==============================================================


Dalca


Bahan-Bahannya
1 kg daging lembu/kambing atau rusuk - dipotong ikut suka, rebus hingga empuk
200 gm kacang dhal (rebus hingga empuk)

Bahan Kisar
3-4 sudu besar cili kisar (boleh tambah jika suka lebih pedas)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1½ inci halia
(Gaul bersama dgn 6 sudu makan (bumbung) rempah kari daging)

1 batang serai (dititik)
3 biji kentang (kupas kulit dan belah 2)
3 biji tomato (dibelah 2)
200 gm kacang panjang (dipotong kecil-kecil, anggaran 1- 1½ inci)
1 batang lobak merah (dipotong ikut suka)
2 biji terung ungu yg kecil (bulat) -dipotong ikut suka
1 biji mangga muda (dipotong 4 bahagian)
3 batang lada hijau
3 senduk minyak masak

Rempah Campak
4-5 tangkai daun kari
5 biji bunga cengkih,
5 biji buah pelaga
2 inci kayu manis
1 biji bawang besar (dihiris )

1 biji bawang besar (hiris kasar2 –utk dilepaskan dlm kuah)
sedikit air asam jawa
200 ml santan kotak
garam secukup rasa
serbuk perasa (jika suka)

Cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk besar dan tumis rempah campak (bawang besar hiris, cengkih, pelaga & kayu manis, daun kari) dan serai. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga rempahnya garing dan naik aromanya. Bubuh sedikit air jika perlu.
2. Masukkan pula daging/rusuk dan 2-3 mangkuk air. Kacau sebentar dan masukkan pula kacang dhal, kentang, lobak merah, mangga muda, kacang panjang, terung, lada hijau, bawang hiris dan air asam. Biarkan sehingga kentang empuk dan sayur2 layu sebentar. Masukkan pula santan, garam & perasa (optional). Kacau rata-rata dan biarkan mendidih. Kecilkan api dan biarkan sebentar (kira-kira 5 minit) sebelum dimatikan api.



==============================================================


Ayam Masak Merah


Bahan-Bahannya:
800 g ayam, potong ikut sederhana besar*
1 1/2 camca teh serbuk kunyit*
1 camca teh garam*(*digaul rata dan perap 20 minit)
1 genggam kacang gajus, goreng garing dan toskan
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan tomato puree
2 camca besar tomato sos
2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1/4 cawan kismis*
1 inci halia*(*dikisar halus)
2 cawan air
Kacang pis, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :
Ayam digoreng, tapi jangan sampai garing, angkat dan toskan. Tinggalkan kurang lebih 3/4 cawan minyak. Tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan tomato puree dan tomato sos, kacau rata dan masak sekejap.
Tuang air dan juga susu. Bila mendidih,masukkan ayam tadi, masukkan sedikit gula dan garam. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
Kacau rata dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Alih ke dalam bekas sesuai dan taburkan gajus goreng dan kacang pis (jika suka) sebelum menghidang...

1 comment: