Monday, April 4, 2011

Udang Lada Hitam




Assalammualaikum dan selamat tengahari semuanya... Hari ini untuk lunch sekali lagi akan menggunakan hasil penangkapan saya dan suami, tak lain dan tak bukan iaitu Udang... Kali ini lain sikit klu selalunya digoreng, dimasak sambal, dimasak Lemak pun sudah kan, kali ini hubby teringin nak makan Udang Masak Lada Hitam...jadi itulah menu kita hari ini Udang Lada Hitam...resepi asalnya ialah Ketam Lada Hitam tapi Ketamnya saya gantikan dgn udang... Resepi ini ialah dari Majalah Rasa keluaran bulan Oktober 2008...mmg enak lah Udang Lada Hitam nie, nak cuba, cuba lah...


Bahan-Bahan

1kg Udang, dibersihkan

50gm cili benggala hijau

50gm cili benggala merah

100gm bawang besar

20gm hirisan halia


Bahan Kuah

15gm sos tiram

20gm serbuk lada sulah

30gm sos tomato

30gm sos cili

5gm stok ayam

5gm kicap cair

25gm minyak bijan

2gm gula

2gm tepung ubi, dibancuh dengan sedikit air

Kicap pekat secukupnya




Cara Memasaknya

1. Panaskan kuali dengan minyak banyak. Goreng udang sehingga masak. Angkat, tos dan ketepikan.

2. Untuk membuat kuahnya, panaskan minyak bijan di dalam kuali, masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Kacau rata.

3. Masukkan stok ayam, serbuk lada sulah, kicap cair dan kicap pekat secukupnya. Kacau lagi.

4. Akhir sekali masukkan tepung ubi yang dibancuh tadi. Kacau rata seketika. 5. Masukkan udang tadi dan gaul rata sehingga kering.

6. Sedia dinikmati.


No comments:

Post a Comment