Tuesday, April 19, 2011

Sotong Masak Hitam



Selamat tengahari semuanya...Masak apa untuk lunch hari ini....saya masak apa!!!!! oh saya masak Sotong Masak Hitam hari nie...tapi kali ini saya mengikuti resepi di Majalah Rasa keluaran bulan Mei 2011...Sotong Masak Hitam nie mmg lauk faveret...Marilah sama2 kita lihat rsepinya...

Bahan-Bahan
1kg sotong sederhana besar (ambil dakwatnya dan pastikan tidak pecah)

Bahan Kisar
1 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu teh jintan halus
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1/2 sudu teh lada hitam
4 tangkai cili kering
Sedikit serbuk kunyit

Bahan Tumis
3 biji cili hijau (dihiris kasar)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 batang serai (dititik)
2 helai daun salam (jika suka)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak sayur (untuk menumis)


Cara Memasak
1. Perapkan bahan kisar dengan hirisan sotong dan kepalanya dengan dakwat sekali.
2. Gaulkan rata dan taburkan dengan sedikit garam. Biarkan perap selama 30 minit.
3. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang hingga berbau wangi.
4. Kemudian masukkan daun salam (jika suka) bersama sotong dan bahan perapannya. Gaul rata.
5. Tambahkan sedikit air dan biarkan mendidih. Apabila mendidih, masukkan hirisan cili hijau dan biarkan masak hingga kering sedikit.
6. Perasakan dengan garam secukupnya dan hidangkan bersama nasi putih.

P.S - Pastikan sotong disiang dan dikeluarkan kepalanya kemudian diambil dakwat yang bergantung di hujung kepalanya. Pastikan ianya tidak pecah.

2 comments:

  1. sedapnya..saya masak sotong masak kariii:)

    ReplyDelete
  2. sotong kari...itu pun sedap tu azila :)

    ReplyDelete