Friday, April 1, 2011

Popia Jagung Semolina

Selamat pagi Sabtu semuanya...N3 ini adalah apa yg buat pertama kalinya saya cuba iaitu Popia Jagung Semolina, ianya lain dari popia biasa disebabkan oleh intinya...popia ini tidak menggunakan sayur-sayuran, bahan utamanya ialah tepung suji, jagung berkrim dan susu segar jadi maka rasanya NYUM-NYUM rasa jagung yang lemak berkrim pasti menambat hati si kecil untuk menikmatinya...Resepi Popia Jagung Semolina ini saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan April 2011...
Bahan-Bahan

4 keping phyllo pastri (kulit popia)

75gm tepung suji

50gm gula kastor

1/2 tin jagung berkrim

1/2 sudu teh esen vanilla

1 biji kuning telur

500ml susu segar

minyak untuk menggoreng

Cara Memasak

1. Didihkan susu segar bersama gula kastor.

2. Kemudian masukkan tepung suji, jagung berkrim dan esen vanilla. Kacau sehingga pekat

3. Seterusnya tuangkan kedalam loyang bersegi empat dan sejukkan di dalam peti sejuk sehingga menjadi keras sedikit.

4. Setelah itu, bentangkan kulit popia dan letakkan kastad yang telah dipotong tadi. Gulung dengan kemas. Sapukan kuning telur pada kulit popia untuk melekatkannya. Lakukan sehingga habis.

5. Akhir sekli, panaskan minyak dan goreng sehingga berwarna kuning keemasan. Angkat dan toskan. Sedia untuk dinikmati.

No comments:

Post a Comment