Saturday, June 11, 2011
Ketam Masak Cili
Selamat petang Sabtu dan apa khabar semuanya...nie bukan apa nak share apa yang dimasak untuk lunch tadi... Pagi tadi hubby dan anak bongsu saya pegi ke supermarket yang dekat dgn rumah saya ( Sheng Siong), hubby ternampak ketam dan harganya pula berpatutan, jadi apa lagi dibelinya lah dibawa pulang dan maka ianya menjadi lauk lunch kami iaitu Ketam Masak Cili...
Bahan-Bahan
1 1/2 kg Ketam
Lada serbuk secukupnya
3 sudu makan tepung jagung
1 biji telur
1 biji bawang besar *
2 biji bawang putih *
halia sebesar Ibu jari * (* dihaluskan)
1 mangkuk lada kisar
sedikit air asam
cili sos dan tomato sos secukup rasa
1 sudu makan kicap manis
1 mangkuk kaldu ayam
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara-Cara
- Gaulkan Ketam dgn lada serbuk, garam, serbuk perasa dan tepung jagung. Gaul sampai rata. Kemudian pecahkan 1 biji telur kacau hingga sebati lalu digoreng sampai setengah masak.
- Tumiskan bahan2 yang dihaluskan sampai wangi seterusnya masukkan lada kisar, air asam dan kaldu ayam. Setelah garing masukkan cili sos, tomato sos, kicap manis, garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
- Akhir sekali masukkan Ketam yang telah digoreng setengah masak tadi. Gaul sampai agak kering sedikit dan sedia untuk dihidangkan.
Labels:
Ketam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment