Assalamualaikum semua...aduh mmg lama sgt sudah tidak berblog kerana lagi sibuk dan pulak PC dan Lappy ku down, skrg pun PC masih tak blh digunakan cuma lappy saja sudah ok...Hari ini masak simple je utk lunch iaitu Ikan Tudung Periuk Masak Sop...oh ya dan digandingkan pula dgn sambal belacan...simple tapi blh tambah berpinggan-pinggan u hehehehehe... jadi bagi sesiapa yg ingin mencuba masak lauk ini, resepi simplenya ada dibawah....
Bahan-Bahan
1 kilo ikan tudung periuk
2 biji bawang besar *
4 biji bawang putih *
halia sebesar ibu jari *(* dihiris)
4 batang lada merah (potong sangkut)
daun sop secukupnya (potong kasar2)
sedikit serbuk lada putih, garam dan serbuk perasa
Cara-Cara
Tumis bahan2 yg dihiris sampai layu dan wangi kemudian masukkan lada merah dan air secukupnya. Taburkan serbuk lada putih, garam dan serbuk perasa secukupya. Setelah mendidih masukkan ikan. Akhir sekali masukkan daun sop dan tutup api. Siap untuk dihidangkan dgn nasi panas2 dan jgn lupa sambal belacannya hmmmm
No comments:
Post a Comment