Wednesday, July 27, 2011

Kek Span Lapis Vanila Coklat



Selamat tengahari dan Salam Sejahtera semuanya...terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak memasukkan entry2 masakkan saya kerana masa tak mengizinkan dan juga atas urusan2 lain...InsyaAllah bila2 berkesempatan saya pasti akan memasukkan entry... Semalam petang cuba bake Kek yang resepinya saya dapat di Majalah Rasa keluaran bulan Jun 2011 iaitu Kek Span Lapis Vanila Coklat. Tidak menggunakan banyak bahan, enak lembap dan harum aromanya...Jom kita lihat bahan2 nya...

Bahan-Bahan:
100gm tepung gandum
110gm gula pasir
15gm mentega(dicairkan)
3 biji telur gred A
2 sudu teh susu segar
1/2 sudu teh esen vanila
Serbuk coklat secukupnya

Bahan Hiasan:
Jem strawberry secukupnya
Buah ceri merah secukupnya

Cara-Caranya:
1. Pukul kuning telur bersama 1/3 gula sehingga menjadi putih. Asingkan.
2. Kemudian di dalam mangkuk adunan yang lain pula, pukul putih telur bersama gula selebihnya sehingga kembang.
3. Selepas itu, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan digaul rata.
4. Seterusnya masukkan adunan kuning telur tadi dan gaul sekali lagi.
5. Masukkan susu segar, mentega cair dan esen vanila. Pukul lagi sehingga sebati.
6. Kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian iaitu adunan vanila dan adunan coklat.
7. Tuangkan adunan berselang seli ke dalam loyang pembakar. Pastikan setiap lapisan dibakar terlebih dahulu sebelum dituang lapisan adunan yang lain. Bakar sehingga masak.
8. Akhir sekali, nikmati bersama jem strawberi dan taburkan buah ceri merah. Sedia untuk dihidangkan.

*** Pastikan anda mengasingkan kuning dan putih telur.

No comments:

Post a Comment