Monday, January 3, 2011

Onde-Onde Kacang Hijau

Assalamualaikum semua.....semoga semuanya dlm keadaan sihat sejahtera....Amin. Ini adalah apa yg dibikin semalam, hari terakhir cuti sekolah...Hari ini anak2 semua dah balik asal, dah mula sekolah....apa yg dibikin semalam adalah Onde-Onde Kacang Hijau buat makan petang....Resepinya ada dibawah, klu ingin mencuba silakan ya....Gerenti sedaaaaapppp :)


Bahan Kulit
250gm tepung pulut
25gm tepung sagu
1/2 sdt garam
1/4 sdt vanili
15gm gula pasir
1 biji telur
150ml air hangat
100gm bijan
minyak goreng

Bahan Inti
100gm kacang hijau, dibuang kulit (saya selalunya rendam kacangnya 1 malam)
75gm gula pasir
1 helai daun pandan
1/4 sdt garam
1/4 sdt vanili
50ml santan
Cara- Caranya

Inti
Kukus kacang hijau yang telah dibuang kulit hingga empuk. Angkat, lalu haluskan selagi panas. Campur kacang hijau bersama gula pasir, daun pandan, garam, vanili dan santan. Kacau hingga rata. Masak dgn api kecil sampai adunan pekat dan kental. Sejukkan kemudian ambil inti kira2 10gm lau bulatkan dan tepikan, buat hingga habis

Kulit
Campur tepung pulut, tepung sagu, garam, vanili, gula pasir, telur dan kacau rata. Tuang air hangat sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang boleh dibulat-bulatkan.

Kemudian ambil 15gm adunan kulit lalu dileperkan dan ditaruk inti, bentuk bulat hingga kacang hijau tertutup. Setelah itu digulingkan dalam bijan. Goreng onde-onde dgn api kecil. Setelah onde-onde mengapung, besarkan sedikit apinya. Goreng hingga berwarna kuning keemasan. Angkat dan toskan. Sedia utk dihidangkan......

4 comments:

  1. salam kak ani..lama eina x jenguk dapur kak ani nih..sibuk sikit..kak ani sihat?

    ReplyDelete
  2. waalaikum salam eina...kak ani baik2 aje cuma ibu saya saja yg tak sihat dan skrg dirumah saya makanya skrg kak ani dah jarang2 upadate blog...eina pulak apa khabar...terimakasih kerana masih sudi menjenguk dapur kak ani :)

    ReplyDelete
  3. salam kak aini terima kasih atas perkongsian resepi..nk tanya akak org negeri mn?

    ReplyDelete
  4. Wsalam HaSBiya...sama2 Hasbiya, setakat kak ani termampu aje...kak ani orang singapore dik..

    ReplyDelete