Friday, August 12, 2011

Pengat Keledek Tepung Gunting



Salam semua...Hari ini 12 Ramadhan, saya ada satu lagi N3 iaitu pencuci mulut untuk berbuka tadi iaitu Pengat Keledek Tepung Gunting. Terlanjur masih ada balance keledek waktu hari itu bikin kuih keria, jadi cubalah resepi pengat nie... Resepi pengat ini saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan Julai 2011... Bagi sesiapa yg ingin mencubanya silakan ada saya sertakan resepinya dibawah...

Bahan-Bahan
1kg ubi keledek, direbus dan dihiris
1 liter santan
100gm gula pasir
80gm gula melaka
2 helai daun pandan, disimpul
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan-Bahan (Tepung Gunting)
1/2kg tepung gandum
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Pewarna merah dan hijau secukupnya

Cara Memasak:
1 Tepung Gunting: Uli tepung bersama air secukupnya dan garam secukup rasa sehingga menjadi doh. Bahagikan doh kepada tiga bahagian, satu bahagian dibiarkan kosong dan dua lagi diletakkan pewarna hijau dan merah. Uli rata. Canai dan gunting menjadi kecil-kecil. Rebus di dalam air mendidih. Tos dan angkat. Ketepikan.
2 Pengat Keledek: Masakkan gula pasir, gula melaka dan santan hingga mendidih. Kacau rata.
3 Masukkan daun pandan dan keledek yang telah direbus. Biarkan hingga mendidih.
4 Setelah itu masukkan tepung gunting yang telah direbus tadi bersama garam.
5 Setelah masak, sedia untuk dihidangkan.

1 comment:

  1. Online Gaming - DrmCD
    No other gaming venue is more popular 안양 출장샵 in the U.S. than the renowned 군포 출장샵 Wynn Las Vegas and Encore. The Wynn, 구미 출장샵 often 남양주 출장샵 known 남양주 출장안마 as Wynn Las Vegas,

    ReplyDelete