Wednesday, July 27, 2011

Kek Span Lapis Vanila Coklat



Selamat tengahari dan Salam Sejahtera semuanya...terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak memasukkan entry2 masakkan saya kerana masa tak mengizinkan dan juga atas urusan2 lain...InsyaAllah bila2 berkesempatan saya pasti akan memasukkan entry... Semalam petang cuba bake Kek yang resepinya saya dapat di Majalah Rasa keluaran bulan Jun 2011 iaitu Kek Span Lapis Vanila Coklat. Tidak menggunakan banyak bahan, enak lembap dan harum aromanya...Jom kita lihat bahan2 nya...

Bahan-Bahan:
100gm tepung gandum
110gm gula pasir
15gm mentega(dicairkan)
3 biji telur gred A
2 sudu teh susu segar
1/2 sudu teh esen vanila
Serbuk coklat secukupnya

Bahan Hiasan:
Jem strawberry secukupnya
Buah ceri merah secukupnya

Cara-Caranya:
1. Pukul kuning telur bersama 1/3 gula sehingga menjadi putih. Asingkan.
2. Kemudian di dalam mangkuk adunan yang lain pula, pukul putih telur bersama gula selebihnya sehingga kembang.
3. Selepas itu, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan digaul rata.
4. Seterusnya masukkan adunan kuning telur tadi dan gaul sekali lagi.
5. Masukkan susu segar, mentega cair dan esen vanila. Pukul lagi sehingga sebati.
6. Kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian iaitu adunan vanila dan adunan coklat.
7. Tuangkan adunan berselang seli ke dalam loyang pembakar. Pastikan setiap lapisan dibakar terlebih dahulu sebelum dituang lapisan adunan yang lain. Bakar sehingga masak.
8. Akhir sekali, nikmati bersama jem strawberi dan taburkan buah ceri merah. Sedia untuk dihidangkan.

*** Pastikan anda mengasingkan kuning dan putih telur.

Friday, July 8, 2011

Ayam Beriani

Selamat petang semua dan apa khabar? Bagaimana hujung minggu anda semua, harap semuanya berjalan dgn baik... Ayam adalah pilihan N3 pada hari ini iaitu Ayam Beriani. Resepi Ayam Beriani nie saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan Jun 2011. Rasa ayam berempah yang berlemak membuat masakkan Ayam Beriani ini sungguh meyelerakan. Klu ada yang ingin mencubanya silakan lah ada saya sertakan resepinya dibawah










Bahan-Bahan
1 ekor ayam, dipotong kecil
1 liter santan
100gm minyak sapi
3 sudu makan minyak masak
3 sudu makan rempah beriani
10gm bawang merah kisar
5gm bawang putih kisar
3gm halia kisar
10gm penumis (cengkih, bunga lawang, jintan manis dan jintan putih)
3 sudu makan tomato puri
125ml susu cair
1 sudu makan air limau nipis
Garam dan bahan perasa secukupnya
Kismis dan kacang gajus secukupnya (untuk hiasan)

Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan minyak sapi kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih halia kisar hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan penumis Dan biarkan hingga berbau harum.
3. Masukkan rempah beriani Dan biarkan hingga garing.
4. Setelah itu masukkan tomato puri bersama susu cair dan juga air limau. Kacau rata.
5. Akhir sekali masukkan santan Dan perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnya. Kacau rata dan biarkan mendidih seketika.
6. Masukkan ayam Dan perlahankan apinya. Biarkan hingga mendidih dan angkat.
7. Angkat dan hidangkan.




Thursday, July 7, 2011

Black Beauty Chocolate Cake












Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ini adalah satu lagi N3 tertunda. Ini adalah cake birthday anak bongsu saya pada 05July2011. Resepi Black Beauty Chocolate Cake nie saya ambil dari blog yatiememories dan Yati pula ambilnya dari dapur Maklang. Betul kata Yati mmg mudah untuk membuat Kek nie, tak payah guna mixer cuma guna whisk aje. Ringkas sekali. Toppingnya hmmm mmg sedap sehingga menjilat jari. Terimakasih Yati dan Maklang kerana sudi berkongsi resepi yang mudah dan sedap ini dan skrg saya pulak ingin berkongsi resepi ini kepada anda semua. Yati izinkan saya C&P resepinya diblog saya ya. Sekali lagi terimakasih.




Bahan A
2 cwn tepung gandum/superfine
¾ cwn serbuk koko
2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu kecil b.powderBahan B
2 cwn gula castor
1 cwn susu cair
1 cwn myk masak @ butter dicairkan (saya guna butter)
1 cwn air panas suam
1 sudu besar coklat emulco
3 biji telur




Cara-Cara
Ayak Bhn A, ketepikan
Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje)
Masukkan Bhn A ke dlm bahan B dan gaul rata
Bakar 50’-1 jam, suhu 150C, api atas bawah atau sehingga masak.
Guna loyang 8x8




Topping mudah tapi sedap
1/2 cwn serbuk koko
1 cwn gula
2 1/2 cwn air (saya guna susu cair)
1/2 cwn tpg jagung
2 sudu besar majerin/ butter




Cara- Cara
Masuk semua bhn dlm bekas dan masakkan atas dapur dngan menggunakan api kecil, sentiasa dikacau. Bila dah siap, sejukkan sebentar dan sapu terus disekeliling kek. Hias ikut kreativiti masing2.

Wednesday, July 6, 2011

Pulut Indah Sari



Selamat pagi dan selamat sejahtera semuanya. Dah lama tak post entry kat blog sal masa tak mengizinkan dan pulak mak saya admitted lagi ke hospital selama 11hari jadi takde lah masak yg istimewa. Tiap2 hari ulang-alik hospital, tapi pada tanggal 29jun11 hari tu adalah buat pulut kuning sikit coz hari special my hubby (birthday)...nie baru lah nari ada masa sikit nak masukkan N3 yang tertunda. Resepi Pulut Indah Sari nie saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan Jun 2011.



Bahan Pulut (Asas)

3kg beras pulut


150gm serbuk kunyit


2 keping asam keping


50gm garam


800ml santan


600ml air


10ml minyak masak


Cara Memasak

1. Rendam pulut bersama serbuk kunyit dan digaul sebati. Biarkan selama sehari.
2. Kemudian basuh pulut yang direndam tadi sehingga bersih dan toskan.
3. Satukan pulut bersama asam keping dan perasakan dengan garam secukupnya. Kukus selama 20 minit.
4. Sementara menuggu pulut masak, didihkan santan bersama garam dan 600ml air. Gaul rata.
5. Seterusnya tuangkan santan tadi ke dalam adunan pulut kukus sedikit demi sedikit dan disebatikan.
6. Setelah itu, kukus semula pulut selama 30 minit dan sudukan minyak masak sedikit demi sedikit. Gaul sebati dan kaup balikkan.
7. Apabila pulut telah masak, bentukkan bentuk hati.


Bahan Rendang Ayam


1 ekor ayam (potong 12)


4 sudu makan kerisik


2 batang serai (dititik)


2 helai daun kunyit (dihiris halus)


4 helai daun limau (perut dihiris kasar)


1 liter santan pekat


Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya


Bahan Giling


10 biji bawang merah


4 ulas bawang putih


2.5cm halia


2.5cm lengkuas


1.5cm kunyit hidup


15 biji cili api


15 tangkai cili kering


Cara Memasak


1. Untuk membuat rendang ayam, satukan isi ayam bersama bahan giling dan serai. Perap selama sejam.


2. Setelah selesai diperap, masukkan bahan perapan tadi berserta santan ke dalam kuali. Masak sehingga mendidih.


3. Seterusnya masukkan daun limau purut, daun kunyit dan kerisik. Kacau rata dan sebatikan.


4. Setelah itu perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Didihkan sehingga ayam menjadi empuk dan kuah agak pekat dan tutupkan api.


Bahan Hiasan


Rendang ayam secukupnya


4 ekor udang bersaiz besar (digoreng sekejap)


3 biji telur burung puyuh


1 biji cili merah


lobak merah secukupnya (dibentuk menjadi kelopak bunga)


daun parsli secukupnya


daun sirih secukupnya


lidi sate secukupnya


Cara-Cara


1. Susun daun sirih secara bertindih di atas pinggan atau dulang. Kemudian letakkan pulut kuning berbentuk hati diatasnya.


2. Seterusnya hiaskan pulut kuning dengan meletakkan daun parsli dibahagian tengah pulut kuning tadi.


3. Setelah itu letakkan pula rendang ayam di atas daun parsli tadi.


4. Cucukkan pula kelopak lobak merah berisi telur burung puyuh diatas rendang ayam.


5. Susunkan udang goreng disisi rendang ayam.


6 Akhir sekali cucuk cili merah yg telah saya potong seperti bunga.


P.S - Kreativiti menggubah dan menghias pulut bergantung kepada cita rasa dan idea masing2.