Monday, December 27, 2010

Apam Comel Inti Kelapa




Salam semua... terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana dah lama tak update blog pasal skrg saya selalu ulang-alik hospital kerana ibu lagi dlm rawatan.... nie tadi ada bikin sedikit Apam Comel Inti Kelapa yang resepinya saya ambil dari Lilydvalley@myresepi.com dan dah lama juga saya simpan tapi belum mencubanya....jadi tadi bikin lah tapi tak pakai inti pasal anak2 tak suka sgt inti kelapa, mereka lebih suka kosong....bagi sesiapa yg ingin mencubanya silakan lah....terimakasih kepada tuan yg punya resepi kerana sudi berkongsi resepi ini....



Bahan-Bahan

3 biji telur (dari peti sejuk)

275gm tepung gandum/tepung kek

220gm gula halus

150gm susu segar/UHT

3 sdt baking powder

1 sdt ovallete



Inti Kelapa

kelapa parut putih

gula merah

1 sdt tepung jagung (dibancuh dgn 1 sdm air)

2 helai pandan (dipintal dan diikat)




Cara-Cara

- Masukkan semua bahan apam ke dlm mangkuk.

- Pukul menggunakan mixer pada kelajuan maxima selam 6-8 min.

- Bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa masing2 (saya gunakan warna asli dan merah jambu, jadi dua warna sahaja)

- masukkan setiap warna ke dlm piping bag (atau bag plastik yg bersih)

- Pipe kan sedikit adunan ke dlm mangkuk kertas yg telah disusun didlm acuan.

- Masukkan inti kelapa (buat kali ini saya tak gunakan)

- Pipe kan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh.

- Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15min



Untuk Inti Kelapa

- Campurkan semua bahan dan masak diatas api kecil sehingga kering/masak.

-Untuk memudahkan, inti boleh disediakan terlebih dahulu dan bulat2kn.



Note - Inti kelapa boleh digantikan dgn apa2 perisa filling atau jem....


Saturday, December 4, 2010

Kuih Kaswi

Salam Sabtu semuanya....Apa khabar??? Semoga semuanya dalam keadaan sihat2..Petang tadi Kuih Kaswi menjadi pilihan....satu lagi resepi dari CMG...bagi sesiapa yg ingin mencubanya silakan kerna mmg sedap....Mat Gebu, saya minta izin letak resepinya disini ya...

Bahan-Bahan

Bahan A
300gm gula melaka
240gm gula pasir
450ml air
2 helai daun pandan, disiat dan disimpul
Bahan B
190gm tepung gandum*
120gm tepung kanji* (resepi mat pakai tepung ubi)
60gm tepung beras* (disatukan dan diayak)
900ml air
2 sdm air abu (alkaline water)
1 sdm air kapur
2 sdm pewarna coklat
Bahan C
1 cawan kelapa parut putih*
secubit garam*
dan saya pakai 1 helai daun pandan*(disatukan dan dikukus sebentar)


Cara-Cara
- Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut...Sejukkan.
- Satukan bahan2 B dalam satu bekas . Kacau rata dengan whisk.
- Satukan no 1 dan no 2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak (boleh juga dikukus dalam acuan apam yg comel2 tu, klu guna bekas comel jangka masa mengukus ialah 10-12minit)
- Kukus 40-45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. Jika lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih, letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia terserap. Angkat perlahan hingga kring. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan hidangkan bersama bahan C.
(saya lebih suka pakai acuan yg comel2 tu....)

Thursday, December 2, 2010

Pudding Milo

Salam Jumaat semua....Semalam saya sempat menyinggah ke rumah CMG dan terlihat Pudding Milo yg dibuat mat.....Ishhh Ishhh Issshhh mmg membuat saya begitu tergoda...dpt saya bayangkan yg pudding milo turun ke tekak saya....mcm dah dpt dirasa keenakkan dan kesejukkannya...apa lagi tu lah ni dok bikin....mat pakai ceri untuk hiasan tapi kat umah tadi takde ceri, ada tembikai (semangka) pun jadilah untuk hiasan...terimakasih Mat Gebu...Mat saya minta izin C&P resepinya kat blog saya ya.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 camca besar penuh MILO*
1/2 cawan air panas mendidih*(*dibancuh hingga larut)
200 ml susu sejat IDEAL
1/2 camca teh esen vanilla
625 air*
100 gram gula pasir*
5 gram serbuk jelly konnyaku*(*disatukan dan kacau dengan whisk hingga larut)
Susu sejat sebagai kuah
Serbuk milo sebagai hiasan
Ceri merah sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

Jerang bahan2 yang disatukan tadi hingga mendidih, kacau sentiasa. Letak esen vanilla kacau lagi dan alihkan dari api.
Masukkan susu cair dan milo yang telah dibancuh dengan air panas tadi, kacau rata2 dengan whisk hingga semua sebati. Tuang dalam bekas kesukaan, terpulang bekas kecil atau besar.
Biar hingga hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam atau hingga beku. Keluarkan dari acuan, curah sedikit susu sejat, tabur serbuk milo dan hias dengn ceri merah sebelum dihidangkan...

Puteri Ayu

Salam petang Khamis semua...Maaf ya semua kerana kebelakangan ini saya kata orang tu tenggelam tenggelam timbul gitu...Ini pun resepi hari ini adalah resepi ulang tayang.... Hari ini saya bikin Puteri Ayu kerana ibu saya katanya teringin nak makan, maka tadi bikinlah Puteri Ayu yang semamangnya selalu saya gunakan resepi dari Mat Gebu..resepi dari Mat Gebu nie mmg POWER.....bagi sesiapa yg ingin mencuba silakan ya....Sekali lagi saya mohon maaf kepada pengunjung2 blog saya kerana sudah lama tak update blog....Saya akan cuba sedaya upaya untuk update dan memasukkan entry baru :-)

Bahan-Bahannya
1 biji telur gred A
80 g gula halus
80 ml pati santan
1/2 camca teh pes pandan
90 g tepung gandum*
1/2 camca besar tepung ubi*(*disatukan dan diayak)
1/2 camca teh ovallate
1 cawan kelapa parut
1 camca besar tepung jagung*
1/4 camca teh garam halus*(*digaul rata)
Cara membuatnya :
Sapu rata acuan kuih puteri ayu dengan sedikit minyak masak kemudian masukkan 1 camca teh parutan kelapa dan tekan sampai padat. Ketepikan. Putar gula dan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Masukkan pes padan dan gaul rata. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan santan hingga habis. Gaul hingga sebati. Sudukan ke dalam acuan yang telah diisi dengan kelapa tadi. Kukus atas air mendidih selama 15 minit. Angkat, sejukkan sebentar dan keluarkan dari acuan. Boleh dihidangkan....Menghasilkan kurang lebih 24 biji puteri ayu..."