Monday, November 15, 2010

Nasi Udang Pakistan

Salam semua.... ini adalah apa yg dimasak semalam iaitu Nasi Udang Pakistan yg saya gandingkan dgn lauk kari ayam atau boleh juga digandingkan dgn rendang ayam....Nak borak sikitlah, takde kena-mengena dgn menu nie....soalnya tadi gi pasar, 1st time beli ikan haruan hidup2 lagi pulak tu dan tadi dah masak dah untuk mak saya...kata orang klu lepas operasi makan ikan haruan bagus...dicampur juga lah herba2 yg dari singseh...berbalik semula lah kepada resepi Nasi Udang Pakistan yg resepinya saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan Ogos 2010....Marilah kita lihat resepinya, oh ya klu mengikut resepinya, ianya dimasak menggunakan microwave tapi saya gunakan periuk nasi je....

Bahan-Bahan
200gm beras Basmathi
2 sdt kunyit serbuk
sedikit air
375ml air atau stok ayam

Bahan Pewangi
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 sm kulit kayu manis
1 sdm minyak masak atau minyak sapi
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 sm halia* (*dikisar halus)
200g udang sederhana besar (dibuang bahagian kepalanya sahaja)
sedikit garam dan sedikit lada sulah

Cara Memasaknya
1. Rendam beras di dalam air dan serbuk kunyit dan biar terendam selama 2 jam. Toskan dan ketepikan.
2. Di dalam bekas tahan ketuhar, tuang minyak dan masukkan bahan kisar. Tekan butang MICRO (1,000W) dan putar 3 minit. Tekan START. Setelah selesai keluarkan dari ketuhar ( saya panaskan minyak lepas tu tumis bahan pewangi dan bahan kisar hingga naik bau)
3. Masukkan beras, air atau stok ayam, garam, serbuk lada sulah dan udang. Tutup bekas ini dan masukkan semula ke dalam ketuhar. (saya kemudian masukkan beras, air atau stok ayam, garam, serbuk lada sulah dan udang. Kacau sebentar hingga sebati)
4. Tekan butang MICRO (1,000W) dan putar masa 17 minit dan tekan START. Biar hingga nasi lembut. Keluarkn dari ketuhar, kacau dan tambah waktu memasak jika perlu. ( saya, masukkan kesemua bahan2 tadi ke dalam periuk nasi electrik dan masak seperti masak nasi biasa)

Sunday, November 14, 2010

Sotong Masak Nani

Salam Isnin semua....ini adalah satu lagi resepi tertunda iaitu Sotong Masak Nani yang resepinya saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan Oktober tahun 2008....Kita potong pendek sajalah ya dan langsung ke resepinya ya....Jom kita lihat resepinya.....

Bahan-Bahan
10 ekor sotong, dibersihkan dan masukkan kentang hiris, cantumkan kepalanya dan semat dengan lidi ( saya tak masukkan kentang di dalam sotong, saya potong biasa aje)
2 sdm minyak masak
1/2 sdt biji sawi
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih* (* dihiris nipis)
1 sdm pes halia#
1 sdm serbuk cili#
1 sdm serbuk jintan putih#
1 sdm serbuk jintan manis#
1 sdt serbuk ketumbar# (#dibancuh dengan sedikit air)
1 biji kentang, kupas kulit dan potong memanjang
1/2 biji lobak merah, belah enam dan potong 3cm
1/4 biji bunga kubis, potong sederhana
1 tangkai daun kari
250ml pati santan
Garam secukup rasa

Cara Memasaknya
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis biji sawi, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga berbau harum.
2. Masukkan serbuk cili, jintan putih, jintan manis, ketumbar dan daun kari. Masak sehingga rempah kering dan naik minyak.
3. Tuangkan air dan masukkan sotong. Kacau rata dan biar separuh masak.
4. Selepas itu masukkan sayur-sayuran. Bila sudah empuk masukkan pati santan dan garam secukup rasa. Kacau lagi.
5. Bila sudah mendidih dan sotong masak, angkat dari api.
6. Sedia dihidangkan.

Saturday, November 13, 2010

Puding Roti Bersos Kastad

Assalammualaikum....apa khabar semua??? moga2 semuanya dalam keadaan sihat sejahtera..... lama betul saya tak berblogging dan saya ingin mohon maaf ya kepada pengunjung2 blog saya kerana sudah lama tidak ada entry baru soalnya sudah selama 14 hari saya naik turun hospital....hospital tu dah mcm menjadi rumah kedua saya....Ibu saya dimasukkan ke hospital lepas tu melalui operasi dan sekarang Alhamdulillah sudah pulang ke rumah saya...bila kat rumah baru lah ada masa sedikit boleh di selit untuk masukkan entry...Ini adalah entry tertunda iaitu Puding Roti Bersos Kastad....ianya dibikin sebelum ibu saya di masukkan ke hospital...resepi nie saya ambil dari Majalah Rasa keluaran bulan November 2010...Marilah sama2 kita semak resepinya ya.....

Bahan-Bahan
1 buku roti saiz kecil
400ml susu cair
15gm kismis hitam (saya gantikan dgn coklat rice pasal anak2 tak suka kismis)
3 biji telur
4 sdm gula
3 sdm mentega
2 sdm tepung kastad
Bahan Sos Kastad
400ml susu cair
4 sdm gula
2 sdm tepung kastad
1 sdm esen vanila
1/2 sdm tepung jagung
Pewarna kuning secukupnya
Air secukupnya
Cara Memasak
1. Griskan sedikit mentega pada tin/loyang pembakar.
2. Kemudian susunkan roti di dalamnya.
3. Taburkan kismis hitam (saya gunakan cokla rice) untuk lapisan pertama dan tutupkan dengan roti. Lakukan secara bertindan satu demi satu lapisan sehingga menjadi empat lapis. Ketepikan.
4. Seterusnyasatuka susu cair, tepung kastad, mentega, telur dan gula di dalam mangkuk adunan. Pukul sehingga kembang.
5. Setelah itu, tuangkan adunan tadi ke dalam loyang pembakar berisi roti dan lenyekkan mentega yang berketul di atas permukaan roti.
6. Kemudian bakar di dalam oven bersuhu 200C selama 30 minit.
7. Untuk membuat sos kastad pula, satukan tepung kastad, susu cair, esen vanila dan gula di dalam periuk dan didihkan sehingga larut.
8. Setelah itu, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air untuk memekatkan sos dan tambahkan pewarna kuning secukupnya.
9. Akhir sekali, hidangkan puding roti tadi bersama sos kastad. Enak dnikmati sejuk-sejuk.