Friday, July 30, 2010

Ketam Masak Lemak Cili Padi


Salam dan ketemu lagi di tengahari Jumaat yg mulia...pagi tadi gi pasar dekat, terlihat ada ketam dan hubby cakap ketam tu bagus kerana berisi....saya mmg tak pandai soal nie...yang sering memilih ialah hubby saya lah hehehehe....apalagi saya pun bilang hubby belilah ketam tu sal dah lama tak masak Ketam Masak Lemak Cili Padi....Jadi menu lunch hari ini tak lain dan tak bukan Ketam Masak Lemak Cili Padi lah dan ini adalah resepi keluarga....marilah lihat resepinya.....
Bahan-Bahan
2 kg ketam
20 biji cili padi*
6 ulas bawang putih*
6 ulas bawang merah*
1 cm kunyit hidup*(*dikisar)
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, dihiris halus
1 biji santan kelapa, diperah diambil santan pekat dan santan cair
garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara-Cara
Masukkan bahan2 kisar dan serai ke dalam periuk dan tumis hingga wangi. Selepas itu masukkan santan cair, ketam dan daun kunyit. Masak hingga mendidih. Bila sudah mendidih, masukkan santan pekat. Kacau rata. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Bila sudah mendidih tutup api dan sedia untuk dihidangkan....

Bebola Keledek

Salam hari Jumaat yang mulia kepada semua....moga kita dapat menfa'atkan hari Jumaat yang mulia ini dengan sebaik-baiknya...hari ini untuk sarapan pagi saya bikin Bebola Keledek....keledek lagi heheheh, terlanjur ada balance keledek jadi sebaiknya dihabiskan sebelum rosak kan kan kan....resepi ini saya tak ingatlah dapat dari mana atau dari blog siapa...walau macam mana pun saya kongsi resepinya dibawah k....kepada pemilik resepi ini saya ucapkan ribuan terimakasih....

Bahan-bahan
- 2 cawan ubi keledek yg warna orange (rebus & mashed)
- 1 biji telur
- 1/2 sudu baking powder
- tepung gandum secukupnya
- sedikit garam
- minyak utk menggoreng
- powder sugar

Cara-cara
Masukkan keledek, baking powder, telur dan garam ke dlm mangkuk. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga tak melekat di tangan. Kemudian buat bulat2 kecil. Goreng dlm minyak panas sehingga perang. Sejukkan bebola nya sebelum taburkan powder sugar atau guling2kan atas powder sugar....siap sudah utk dimakan....Selamat mencuba.......:-)

Thursday, July 29, 2010

Puteri Mandi



Selamat petang.....Udah makan petang ke belum??? klu belum, apa kata pegi mandi petang dulu pas tu makan Puteri Mandi....nah macam mana ok kan...tengok aje dah menarik, makan langsung tertarik....resepi puteri mandi nie saya ambil dari Majalah Rasa bulan Jul 2007....jadi kalau nak rasa puteri mandi, resepinya saya sertakan dibawah....

Bahan-Bahan Doh
500 gm tepung pulut
Air secukupnya
sedikit garam
sedikit pewarna merah
sedikit pewarna kuning
sedikit pewarna hijau
air daun pandan kisar

Bahan Sos
1/2 kg kelapa parut putih
500 gm gula
sedikit garam
250 ml air atau secukupnya
1 helai daun pandan

Cara Memasak
1. Bancuh bahan tepung pulut dengan sedikit garam dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli sehingga menjadi doh sebati.
2. Bahagikan doh sama rata kepada empat bahagian. Titiskan sedikit tiap pewarna dan uli doh biar menjadi merah, sebahagian hijau, sebahagian kuning dan biarkan satu bahagian doh warna asal.
3. Ambil satu sudu teh doh dan uli bulat kecil kemudian kemikkan sedikit di tengahny. Ulang sampai semua doh habis dibentukkan.
4. Didihkan air yang banyak dan masukkan doh tadi dan rebuskan sehinggalah doh tadi timbul di permukaan air.
5. Setelah timbul, angkat dan masukkan dalam air sejuk dahulu.
6. Untuk membuat kuahnya, masak air, daun pandan dan gula. Kacau hingga gula hancur.
7. Kemudian masukkan kelapa paru. Gaul hingga kuah pekat.
8. Tuangkan adunan doh tadi dan gaul sekejap hingga rata.





Telur Masak Kicap


Salam dan ketemu lagi kita di tengahari khamis....hari ini masak simple tapi diminati oleh anak2 iaitu Telur Masak Kicap, klu ayam masak kicap lagi lah dorangnya feveret....malangnya di freezer sudah tidak ada stock, jadi telur lah menjadi mangsa hehehehe....Resepi nie adalah resepi dari blog tiffinbiru....terimakasih che mat...saya minta izin C&P dan kongsi resepinya disini :)

BAHAN-BAHANNYA :
5 biji telur, digoreng
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris serong
Sedikit soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
1 cawan air
1/2 cawan kicap manis
1/2 camca besar sos tiram
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1/2 camca teh cuka makan
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar hingga layu, masukkan bawang putih, serbuk lada hitam dan sos tiram, kacau rata dan tuang air. Masukkan kicap dan cuka. Biar mendidih. Masukkan telur, lada merah hiris dan soo hoon (toskan dahulu). Kacau perlahan2 dan kecil kan api. Biar masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan daun bawang sebelum dihidang.

Kuih Dadar



Assalammualaikum dan selamat sejahtera....hari ini untuk sarapan pagi, ada lah bikin sedikit Kuih Dadar....Resepinya klu tak silap saya dapat dari blog Bro Rozzan lah...(tak ingat lah)... jadi terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terimakasih klu ianya resepi Bro Rozzan klu bukan, terimakasih saya kepada pemilik resepi ini...dan walau macam mana pun saya minta izin kongsi resepinya disini ya...tema aceh...

Bahan-Bahan Inti
450gm kelapa parut (putih)
1 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan
220ml air
50gm gula tanjung ( yg warna oren)
50gm gula pasir
100gm gula melaka

Cara-Cara
Masak air dan ketiga-tiga gula tadi dgn daun pandan sehingga larut dan pekat sedikit. Kemudian masukkan kelapa dan garam. Kacau sehingga rata. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan kacau lagi sehingga intinya kering sedikit. Sejukkan sebelum digunakan.

Bahan-Bahan Kulit
2 cawan santan (200ml santan kotak + 250ml air)
5 biji telur
200gm tepung gandum
1 sudu besar minyak masak
1/2 sudu teh garam
pewarna hijau

Cara-Cara
Telur dikacau sedikit dan masukkan semua bahan2 yg lain. Jika adunan bergentel, tapis atau blend. Adun hingga rata dan sebati (klu terlalu cair tambah tepung sedikit, klu terlalu pekat tambah air sedikit). Gunakan kuali non stick utk membuat kulit dadar ini. Panaskan kuali dan oleskan dgn sedikit minyak. Ambil 1 senduk adunan dan ratakan agar kulitnya nipis dan tak terlalu tebal. setelah masak, angkat dan isikan inti kelapa. Lepatkan sikit kedua-dua belah bahagian tepi kulit dadar lalu gulung....siap sudah......
SELAMAT MENCUBA

Koci Keledek


Salam pada semua para pengunjung blog saya....terimakasih kerana sudi menyinggah dan meronda-ronda di blog saya nie.....Ini adalah kuih yang yang dibuat semalam untuk makan petang yang tak dapat saya muatkan N3nya...oh ya lupa pulak nak bilang kuih apa....Koci Keledek......selain warnanya yang menarik rasanya pun sangat lah enak...rasa manis keledek yang direbus dan kukus dan dikenakan pula dengan inti kelapa ishhhh mmg sedap....nak cuba??? resepi nie saya ambil dari Majalah Rasa keluaran terbaru tahun ini 2010 iaitu keluaran bulan Ogos....ada saya sertakan resepinya dibawah.....

Bahan-Bahan
2 biji keledek oren
250 tepung pulut
140 ml air
2 titik pewarna oren
sedikit garam
beberapa helai daun pisang untuk membungkus
sedikit minyak

Inti Kelapa
2 biji kelapa parut (putih)
450 ml air
350 gm gula merah (saya guna gula melaka)
50 gm tepung gandum
beberapa helai daun pandan



Cara Memasak
1. Untuk pennyedian intinya, masak gula merah bersama daun pandan dan air secukupnya hingga mendidih dan gulanya hancur.
2. Tapiskan dan masak semula bersama parut putih hingga airnya kering. Kacau sentiasa.
3. Kemudian masukkan tepung gamdum dan kacau rata dengan api pewrlahan. Angkat dan ketepikan.
4. Bancuh tepung pulut dengan air, keledek, garam dan juga pewarna oren hingga tidak melekat pada tangan.
5. Ambil sejemput adunan dan bulat-bulatkan kemudian masukkan kelapa dan kemaskan semula.
6.Lakukan hingga habis adunan dan bungkus di dalam daun pisang yang siap dilayur dan diletakkan minyak.
7. Kukus hingga masak selam 30 minit.


Wednesday, July 28, 2010

Dalca Sayuran




Salam & selamat tengahari.....apa kahabar semuanya.....N3 ini adalah apa yang dimasak semalam....semalam 1 hari saya tak pegang PC pasal anak saya yang bongsu tu tak sihat....hari nie nampak boleh tahan sikitlah... semalam barang2 kat dalam frigde pun dah susut, jadi masak lah apa yang ada...akhirnya semalam masak Dalca Sayuran ada juga yang panggil dalca kosong...Resepinya dari Majalah Rasa tahun ini 2010 keluaran bulan Jun....mudah disediakan dan cepat dimasak...jom lihat resepinya...

Bahan-Bahan A
2 biji kentang, dipotong 12
2 biji terung bulat* (takde terung bulat jadi saya pakai terung biasa aje)
1 batang lobak (carrot) saiz sederhana* dipotong bersilang
6 biji kacang bendi (takde saya gantikan dengan kobis)
6 batang kacang panjang , dipotong 4 cm
125ml santan kelapa

Bahan B (Tumis)
2 biji bawang besar, dihiris
3 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
6 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 helai daun pandan, dipotong 4 cm
1 labu bawang putih*
5 cm halia muda* (dikisar)
2 batang serai (dikeuk)
125 ml cili boh
2 sudu makan serbuk kari daging
500ml air
Garam secukup rasa
1 sdt rempah tumis (nie resepi asal tak pakai)


2 tangkai lada kering (nie pun di resepi asal tak pakai)

Cara Memasak
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, lada kering dan rempah tumis sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan serai. Kacau rata hingga wangi
3. Selepas itu, masukkan daun pandan dan cili boh. Kacau rata sehingga pecah minyak.
4. Masukkan serbuk kari daging. Gaul rata hingga sebati.
5. Kemudian masukkan air dan kesemua sayur-sayuran dari bahan A termasuk kentang sekali. Kacau dan biarkan mendidih.
6. Masukkan santan dan perasakan dengan garam secukup rasa.
7. Angkat dan sedia dihidangkan.

Tuesday, July 27, 2010

Bubur Suji

Bahan-Bahan
1/2 packet suji (samolina)
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 liter air
2 helai daun pandan, disimpul
3 biji buah pelaga*
3 kuntum bunga cengkih*
1 batang kulit kayu manis* (*direbus dan diambil airnya)
sedikit air mawar atau esen rose
sedikit serbuk pewarna kuning
minyak sapi secukupnya
sedikit badam, dikisar kasar2
sedikit gajus dan kismis kuning untuk hiasan

Cara-caranya
Tuangkan suji, air, susu cair, susu pekat, air rebusan, air mawar atau esen rose dan serbuk pewarna kuning ke dalam periuk. Masukkan juga daun pandan dan badam yang dikisar kasar2. Masakkan semua bahan2 itu di atas dapur. Bila sudah agak pekat, dan bila dikacau agak berat, kecilkan api. Kacau terusan sampai mendidih. Setelah mendidih, tutup api. Setelah itu goreng gajus kemudian kismis dengan kira2 1 sudu minyak sapi Ghee (goreng gajus dulu baru kismis). Bahan2 yang digoreng hendaklah ditaburkan di atas bubur suji ketika dihidangkan. Baki minyak sapi yang digunakan untuk menggoreng gajus dan kismis dituangkan kedalam bubur suji tadi.

Nasi Beriani Eksklusif & Ayam Masak Beriani

Salam dan ketemu kembali kita tengahari ini.....makan tengahari todaykan agak berat sikit u....Nasi Beriani Eksklusif, resepi dari Majalah Rasa keluaran bulan Jun 2010 dan Ayam Masak Beraini jugak dari Majalah Rasa keluaran bulan Ogos 2008....issshhhh macam kawin2 pulak...yelah, InsyaAllah petang pulak klu takde ape2 nak bikin Bubur Suji....Nah nie confrim teringat pada Majlis Perkahwinan saya dulu2 (feeling2 gitu), tak lah mcm sekarang...majlis perkahwinan sekarang menu dah macam2...yok kite lihat resepinya...

Nasi Beriani Eksklusif

Bahan-Bahan A
1 kg beras Basmathi India ( air mengikut sukatan bekas beras)
3 sudu makan rempah beriani
100 gm badam, dikisar halus
100 gm minyak sapi
100 gm majerin
1/2 tin susu cair
4 helai daun thispata (tak pakai pasal tak tau daun ape lah nie....klu sape2 tau boleh tlg terangkan)
50 gm kismis kuning ( pun tak pakai pasal anak2 tak suka)
50 gm kacang gajus
3 biji telur, direbus
pewarna kuning secukupnya
garam secukup rasa

Bahan B (Tumis)
2 biji bawang besar, dihiris
1 helai daun pandan
2 batang serai, diketuk
3 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
6 kntum buah pelaga
8 biji bunga cengkih
1 labu bawang putih*
5 cm halia muda* (*dikisar)
2 helai daun ketumbar
2 helai daun pudina
minyak masak secukupnya

Cara Memasak
1. Panaskan majerin secukupnya. Tumis bawang besar, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
2. Bila sudah berbau wangi, masukkan daun pandan dan serai ketuk. Kacau hingga kuning.
3. Masukkan bahan kisar dan kacau lagi hingga berbau harum.
4. Selepas itu masukkan rempah beriani dan badam. Kacau sebati hingga sedikit pekat lalu masukkan air yang telah disukat tadi, daun thispatha dan garam secukup rasa.
5. Ketika hampir mendidih bolehlah dicuci beras basmathi dengan sekali cucian sahaja dan toskan.
6 Bila iar di dalam periuk mendidih terus masukkan beras tadi. Kacau perlahan-lahan hingga air susut dan mula menampakkan bayang beras.
7. Masukkan susu cair dan minyak sapi, kacau perlahan.
8. Alas sekeliling mulut periuk dengan kertas lalu tutup periuk rapat.
9. Padam api tengah dan perlahankan api di bahagian tepi.
10. Apabila wap sudah mulai keluar dari celah penutup dan kertas mulai basah buka penutup. Buat empat lubang pada nasi lalu masukkan pewarna kuning dan telur. Tutup lubang semula, tabur kismis, daun pudina, daun ketumbar dan tutup periuk.
11. Selepas 10 minit buka semula balik-balikkan nasi perlahan-lahan. Jika culup masak tutup api, nasi boleh dihidang dengan hiasan kacang gajus.
* perhatian - saya tidak bikin dari no 8 & 9. Selepas no 7 saya masukkan kesemuanya ke dalam rice cooker.


================================================================
Ayam Masak Beriani

Bahan-Bahan
1 ekor ayam, dipotong kecil
500 ml susu cair
5 gm bunga lawang
5 gm bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 ulas bawang putih, dikisar
2 sudu makan rempah beriani
2 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk cili
garam secukup rasa

Cara Memasaknya
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia, lengkuas bersama bunga lawang, bunga cengkih dan juga kulit kayu manis hingga naik baunya.
2. Masukkan rempah beriani, rempah kari dan serbuk cili hingga pecah minyaknya.
3. Tuangkan susu cair dan perasakan dengan garam secukupnya.
4. Masukkan ayam dan biarkan hingga kering.



Murtabak Maggi


Assalammualaikum dan selamat pagi kepada pengunjung2 blog saya yang budiman....hari ini off, tak keje...jadi pagi tadi bikin sarapan...bikin murtabak maggi....saya mmg dari dulu sudah bikin murtabak maggi nie lebih kurang sudah 10 tahun yang lalu....diperkenalkan dan diajar oleh bibik anak2 saya yang sekarang bertugas di taiwan....saya suka bikinnya soalnya klu terkejut ada orang datang dan terkena pulak kat umah takde benda apa lagi, jawabnya murtabak maggi lah jadinya sal kat rumah stok maggi confirm mesti ada punya, nak tau knapa....hubby saya nie walaupun kat umah ada masak mcm2, dah makan mcm2 pun nnt aleh2 mintak nak makan maggi...klakar kan....katanya dah tekak dah rasa nak makan....ok lah citer panjang pulak pagi2 hari nie... mari lah kita lihat resepinya tapi minta maaf ya resepi nie saya tak ingat dari siapa dan dari mana lah....

Bahan-Bahan
6 biji telur
2 bungkus maggi perasa kari
1 cawan isi ayam yang didadu
1/2 cawan udang yang dibuang kulit yang didadu
daun bawang dihiris
bawang besar 1 biji dihiris
lada merah dihiris
sedikit garam
sedikit lada sulah

Cara membuatnya:
1. Memula masak maggi me dalam air mendidih selama 2 minit dan toskan. Ketepikan.
2. Isi ayam dan udang itu digoreng sedikit supaya masak sedikit.
3. Kemudian masukkan bawang besar yang dihiri. Apabila layu, angkat ketepikan.
4. Pecahkan telur-telur tadi. Masukkan garam, lada sulah dan perencah kari maggi dan kacau. Kemudian masukkan ayam dan udang tadi dan masukkan maggi mee.
5. Siapkan kuali, kalau ada non-stick lagi bagus. Goreng bahan-bahan tadi dengan sedikit minyak. Biarkan ia menjadi seperti murtabak/telur dadar yang tebal.
6. Setelah masak sebelah terbalikkan sebelah lagi. Biarkan ia masak betul-betul. Kemudian boleh dihidangkan. Nak sedap lagi makan dengan cili sos. Isi ayam boleh diganti dengan sesuka hati masing2 contohnya dgn daging cincang ke...

Monday, July 26, 2010

Bingka Ubi



Selamat petang semua...anda sudah minum petang ke....kalau belum nak join saya makan Bingka Ubi dengan teh-O panas....punya lah sedap bingka ubi nie sehingga menjilat kaki eh salah menjilat jari hehehehe... resepi nie saya cedok dari dapur CMG....thks mat, saya minta izin C&P untuk kongsi resepinya disini ya

Bahan-Bahan
1 kg ubi parut
650 ml santan kelapa
100 gm gula melaka, hiris halus
2/3 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
1/2 camca teh garam
1 camca besar minyak sapi

CARA MEMBUATNYA :
Satukan santan, gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan. Kacau rata dan jerang atas api, kacau hingga gula larut (tak perlu mendidih), masukkan minyak sapi dan kacau hingga sebati. Angkat dan biar sejuk. Ubi dimasukkan ke dalam kain kasa dan perah, tadah air perahan tadi. Buat sikit2, hingga siap. Masukkan ubi tadi ke dalam bekas lain. Biarkan air perahan 20 minit hingga sagunya mendak. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser loyang dengan sedikit mentega. Ketepikan. Buang air perahan tadi perlahan2 sehingga tinggal sagunya yang mendak. Gaul dengan ubi tadi. Tapis santan tadi yang di masak tadi dan masukkan ke dalam ubi, gaul rata2 hingga rata dan mesra. Tuang dalam loyang yang telah siap tadi dan bakar selama 1 jam 30 minit, hingga permukaannya kelihatan garing. Keluarkan dari oven, biar suam dan keluarkan dari acuan. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.... Selamat mencuba...

Mihun Sup Utara

Salam dan selamat tengahari semua....hari ini kami sekeluarga makan mi untuk lunch...Mihun Sup Utara....sedapkan sekali2 makan mi sup, hirup2 supnya...resepi saya dapat ketika membaca Majalah Rasa keluaran bulan Julai 2010....bagi sesiapa yang tidak mempuyai Majalah Rasa ini, bolehlah melihat resepinya disini....

Bahan Mihun
1 paket bihun, rendamkan beberapa jam
2 sudu makan serbuk kunyit

Bahan Kuah
500 gm daging berlemak muda, dipotong besar
300 gm perut (takde stok saya gantikan dengan bebola ikan)
1 bungkus rempah bunjut
5cm halia*
3 ulas bawang putih*
5 ulas bawang merah* (*dihiris)
1 sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar
2.5cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
garam secukup rasa
air secukupnya

Bahan Hiasan
Daun sup dan daun bawang secukupnya, dihiris
bawang goreng secukupnya
cili merah secukupnya, dihiris
4 biji limau kasturi, dibelah dua

Bahan Sambal Merah
100 gm cili kering*
100 gm bawang merah*
3 ulas bawang putih* (*dikisar)
1 biji bawang besar, dimayang
3 sdm tomato sos
3 sdm cili sos
garam secukup rasa
gula secukup rasa
minyak masak untuk menumis

Cara Memasak
1. Ddihkan air di dalam periuk. Masukkan daging dan kesemua bahan kuah. Biarkan daging betul-betul lembut. Kacau rata dan perasakan dengan garam secukup rasa.
2. Keluarkan daging dan hiris nipis. Ketepikan.
3. Celurkan mihun yang telah direndam serbuk kunyit dan toskan.
4. Masukkan bihun dan daging serta bahan hiasan dalam mangkuk dan masukkan kuah.
5. Hidangkan bersama sambal merah.
6.Untuk membuat sambal merah, panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga wangi dan naik minyak.
7. Masukkan sos tomato dan sos cili. Kacau rata sampai sampai naik minyak.
8. Masukkan bawang besar dan gula. Masakkan sehingga pekat.

Eclair














Salam kepada pengunjung2 blog saya yang dikasihi....Semalam terlanjur membuat eclair untuk tempahan, saya bikin sekali untuk keluarga buat makan petang....anak-anak memang feveret eclair nie....untuk pengetahuan anda semua, ini adalah satu lagi resepi teman karib saya iaitu Puan Sofea....selama ini memang tak pernah saya kongsi resepi eclair ini tetapi hari ini saya akan berkongsi dgn anda semua kerana saya mendapat green light dari sofea sendiri...mudah-mudahan Allah akan melimpahkan lagi rezeki sofea....eclair nie mmg terantuk lah sedap....kalau nak tau rasanya cubalah resepi eclair nie.....

Bahan-Bahan
300 gm tepung gandum
450 gm air
450 gm telur
210 gm butter
1 sdt garam

Cara-Cara
Didihkan air atas dapur. Bila air sudah mendidih, masukkan butter dan garam. Apabila butter sudah cair, tutupkan api dapur dan masukkan tepung. Kacau cepat2 dengan senduk kayu sehingga menjadi adunan yang rata. Ketepikan dan sejukkan adunan. Bila adunan dah sejuk, masukkan ke dalam mixer dan tuangkan telur sedikit demi sedikit hingga habis. Pukul hingga rata. Kemudian masukkan adunan kedalam piping bag dan pipe kan adunan ke atas dulang (sizenya ikut citarasa masing2). Sesudah itu bakar dengan suhu 200c selama 20minit atau sehingga masak. Bila sudah sejuk, belah pertengahannya (jgn belah habis,belah sangkut) dan pipekan inti eclair




















Bahan-Bahan Untuk Intinya
250 ml air
75 gm tepung custard
1 biji telur
1 tin susu cair
160 gm gula pasir
1 sdm butter
1 sdt esen vanilla
450 gm whip cream

Cara-caranya
Satukan kesemua bahan2 dan didih atas dapur kecuali whip cream. Hendaklah sentiasa dikacau hingga ia menjadi pekat. Bila sudah pekat, tutup api dan ketepikan dan biar sejuk. Sementara itu pukul whip cream dengan mixer sampai gebu. Bila sudah gebu, masukkan adunan custard tadi dan pukul hingga rata.

























Sunday, July 25, 2010

Tempahan Eclair & Kuih Keria


Salam semua......pada hari minggu tanggal 25Jul10, saya mendapat tempahan eclair & kuih keria daripada Nora untuk Majlis Ulangtahun anak lelakinya.....Happy Birthday to u boy...... Nora adalah penyokong kuat saya....sering membuat tempahan dan selalu memberi dorongan dan kata2 perangsang kepada saya....dia lah orangnya yg beriya-iya benar menyuruh saya mengambil tempahan, jadi disini kak ani ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terimakasih kepada Nora yang telah memberi kepercayaan kepada kak ani selama ini.....Luv U.....







Ini die tempahan Eclair pada hari Minggu 25Jul2010










Ini pula tempahan kuih keria pada tanggal 25Jul2010 yang sangat diminati oleh keluarga Nora.....Thks my dear Nora...








Acar Telur Puyuh, Sup Sayur & Kangkung Belacan

Salam semua....apa khabar??? saya harap semuanya dalam keadaan baik2.... saya sebenarnya lagi stress nie soalnya PC bikin hal.....nak edit meragam, nak save meragam....ishhhh entahlah stress3....tapi saya akan cuba sedaya-upaya untuk masukkan entry2 saya, cuma kadang-kadang terlambatlah sebab nak kena cari alternative.....macam resepi di bawah nie lah, sebenarnya adalah masakan2 lunch semalam....lama betul nak menunggu, jadi gambar pun masukkan 1 gambar je setiap resepi....resepinya saya dapat dari Majalah Rasa....semoga ianya dapat menepati citarasa pengunjung2 blog saya......


Acar Telur Puyuh

Bahan-Bahan
10 biji telur puyuh, direbus dan dibuang kulit
10 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
20 gm udang kering* (*dikisar)
20 gm cili kisar
20 gm sos cili
10gm cuka
250 gm buah-buahan campuran (tak pakai)
10 gm bijan, digoreng tanpa minyak
garam dan gula secukup rasa

Cara Memasaknya
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar bersama dengan sos cili dan cuka sehingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan buah-buahan campuran dan gaul mesra (yg ini saya tak gunakan)
3.Masukkan pula telur puyuh dan kecilkan api. Biarkan selama 30 minit dan kacau perlahan-lahan.
4. Tambah perasa dan bijan. Sedia untuk dinikmati.
==============================================================



Sup Sayur

Bahan-Bahan
50 gm lobak merah, dihiris nipis bilat
80 gm cendawan tiram, direndam dan dipotong kecil (takde stok saya gunakan cendawan butang)
1 packet jagung muda, dipotong serong (tak pakai sal anak2 tak suka)
80 gm bebola ikan, dibelah dua (takde stok jadi saya gantikan dgn ayam)
1 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih* (dimayang halus)
garam secukup rasa
bahan perasa secukupnya
air secukupnya

Hiasan
Bawang goreng dan daun sup secukupnya

Cara Memasak
1. Panaskan minyak di dalam periuk tumis bawang yang dimayang halus tadi sehingga kekuning-kuningan.
2. Masukkan air, lobak merah dan jagung muda. Biarkan ia empuk seketika.
3. Selepas itu masukkan cendawan tiram (cendawan butang) dan bebola ikan (ayam). Kacau rata.
4. Akhir sekali masukkan bahan perasa dan garam secukup rasa. Kacau.
5. Angkat dan hidangkan ketika ia masih panas.

==============================================================


Kangkung Belacan

Bahan-Bahan
300 gm kangkung
30 gm belacan*
20 tangkai cili padi* (resepi asal tak pakai)
2 sudu makan udang kering*
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*(dikisar)
minyak untuk menumis

Cara Memasaknya
1. Tumiskan bahan kisar hingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan kangkung, kacau sekejap dan angkat

Getuk Ubi



Assalammualaikum dan selamat pagi minggu semua....N3 hari ini saya akan bikin short n sweet ok....kami sekeluarga hari ini sarapan pagi dengan Getuk Ubi....kuih orang lama tapi tak lapok dik zaman dan sedap dimakan.... resepinya ini diambil dari blog Bro Rozzan....saya minta izin C&P resepi disini di blog saya ya......thks

Bahan-Bahan:
2 kg ubi kayu (bersihkan dan potong kecil-kecil )
80 ml air
300 gm gula tanjung (merah)
100 gm gula pasir
1/2 sudu teh garam
1 biji kelapa parut putih
2 helai daun pandan
loyang persegi 8'x 8' (gris dgn sedikit minyak)

Cara:
1) Kukus kelapa parut dgn daun pandan dan sedikit garam.
2) Gula tanjung, gula pasir, garam dan air di masak hingga gula larut dan pekat sedikit.
3) Kukus ubi hingga empuk selama kira-kira 25-30 minit. Masukkan ke dalam bekas dan lecekkan semasa ia panas. Tuang gula sedikit-sedikit dan gaul rata. Alihkan ke dalam loyang persegi empat dan tekan hingga padat/mampat.
4) Sejukkan getuk ubi ini sebelum dipotong dan dibubuh kelapa parut."

Bubur Keledek & Caca


Salam dan ketemu kembali.....masih dgn N3 tertunda....ini adalah apa yang dibikin untuk makan petang semalam iaitu Bubur Keledek & Caca yang diambil dari Buku Aneka ( bubur & pengat ).... sila lah lihat resepinya ya.....

Bahan-Bahan
1 biji keledek
1 bungkus tepung caca
4 cawan santan
1 cawan gula melaka
1 helai daun pandan
sedikit garam

Cara-membuatnya
1. Keledek dibuang kulit dan dipotong dadu. Kemudian rebus keledek dan tepung caca secara berasingan hingga empuk. Toskan.
2. Didihkan santan, gula pasir, gula melaka, daun pandan dan garam dalam periuk.
3. Apabila mendidih, masukkan keledek dan caca. Masak lagi hingga mendidih.

Sotong Sumbat Ala Thai, Ikan Masak Asam Bercuka, & Sayur Goreng Puspawangi

Salam hari Minggu semuanya..... maaf ya dah beberapa hari tak sempat nak postkan masakan harian dan makan petang....busy sikit lah... semalam malam ingat nak masukkan N3 pas tu PC pulak buat hal....nie pun barulah bernafas sikit dan barulah dapat masukkan entry2 yang tertunda....k inilah masakkan tengahari semalam yang semuanya saya ambil dari Majalah Rasa tapi dari keluaran tahun yang berbeza....Sotong Sumbat Ala Thai, Ikan Masak Asam Bercuka & Sayur Goreng Puspawangi....saya rasa lebih baik saya tak usah citer panjang, soalanya banyak N3 yang tertunda perlu dimasukkan .....sila layan resepi2 nya dibawah...

Sotong Sumbat Ala Thai

Bahan-Bahan
500 gm sotong
500 gm pulut, siap dikukus ( saya tak pakai)
2 sdm sos cili
2 sdm sos tomato
200 gm gula merah
Garam dan bahan perasa secukupnya
Bahan Kisar
5 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
50 gm cili kering
Cara Memasak
1. Basuh sotong bersih dan toskan airnya.
2. Sumbatkan pulut kukus ke dalam sotong (nie saya tak buat soalnya saya makan dgn nasi)
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyaknya.
4. Masukkan sotong.
5. Biarkan hingga masak dan perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnya.
6. Angkat dan hidangkan.

==============================================================


Ikan Masak Asam Bercuka

Bahan-Bahan
1 ekor ikan, digoreng (jenis ikan terserah citarasa masing2)
100 gm cili merah*
100 gm cili hijau* (* dipotong empat)
60 gm bawang putih, dihiris halus
30 gm cili padi, dibelah dua
100 gm bawang merah, dipotong dua
50 gm halia, dihiris
5 gm biji sawi
140 ml cuka
1 batang serai , diketuk
Air secukupnya Garam secukup rasa

Cara Memasak
1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai sehingga wangi.
2. Selepas itu masukkan cili padi, cili merah, cili hijau, biji sawi dan ikan yang telah digoreng tadi.
3. Masukkan sedikit air, cuka dan garam secukup rasa. Kacau rata sehingga mendidih.
4. Angkat dan sedia dinikmati.



==============================================================

Sayur Goreng Puspawangi

Bahan-Bahan
50 gm bunga kobis*
50 gm brocolli* (*dipotong)
100 gm asparagus thai ( dipoton seranting ) saya tak pakai
1 cili bangala hijau#
1 cili bangala merah#
1 cili bangala kuning# (# dipotong dadu)
50 gm jagung muda, dipotong 3 bahagian - saya tak pakai
8gm cendawan butang**
80 gm cendawan hitam**
1 btg lobak merah**
50 gm bawang merah**
50 gm bawang putih** (**dihiris)
40 gm sos tiram
5 gm serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak masak untuk menumis secukupnya

Cara Memasak
1 . Panaskan air sehingga mendidih dan masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong sehingga setengah masak dan masukkan ke dalam air sejuk (dgn ais) bagi mengekalkan warna sayur.
2.Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
3. Kemudian, masukkan sos tiram, serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
4. Masukkan sayur-sayuran yang telah ditoskan tadi. Kacau sebentar.
5. Angkat dan hidangkan.

Friday, July 23, 2010

Lempeng Pisang


Assalammualaikum dan selamat pagi sabtu semuanya....seperti mana yang saya katakan semalam, yang pagi nie saya akan bikin Lempeng Pisang untuk sarapan pagi kerna masih ada balance sedikit pisang....Lempeng Pisang nie mmg sesuai untuk sarapan pagi....anak2 suka pasal manis dan bagus untuk kita semua pasal pisang kan memberi kita tenaga....resepinya diambil dari Majalah Rasa keluaran tahun 2007.... jom kita lihat resepinya.....

Bahan-Bahan (untuk 5 keping)
5 biji pisang
25 gm tepung gandum
100 gm gula tebu (saya guna brown sugar)
100 gm gula pasir
1 sudu teh esen pisang
1 gelas air

Cara-cara
1. Pisang dikisar halus dan masukkan dalam mangkuk.
2. Masukkan tepung gandum kedalam mangkuk berisi pisang tadi dan gaul rata.
3. Masukkan gula tebu (brown sugar) dan gula pasir kedalam adunan bersama air.
4. Kemudian masukkan esen pisang dan gaul adunan hingga sebati.
5. Goreng dalam kuali leper dengan sedikit minyak.